Sunday, March 1, 2009

I Love...


Kuala Lumpur: Dua orang lelaki telah memperagakan kasih pada teman masing-masing dalam satu catwalk yang diadakan suatu ketika dahulu. Salah seorang jejaka itu mengisytiharkan kasihnya pada penulis / orang yang sama nama dengan penulis. Akan tetapi, ruang memperagakan kasih pada penulis itu juga dikongsi oleh sorang lelaki lain yang juga kasih pada Viagra.

Dalam berita yang semirip dengan berita di atas, seorang wanita telah memperagakan cintanya pada penulis melalui e-Bay.
Siapakah perempuan ini?
Mengapakah dia mempamerkan bentuk cinta yang hampir pada hatinya bersama nama penulis?
Penulis tak tahu.
Hal ini jelas menunjukkan cinta itu tidak mengenali sempadan.

Aduyai!

Dalam satu kejadian yang tidak berkenaan dengan cinta pada penulis, penulis pernah menerima satu SMS di mana penulis ditanya akan pergerakan boss penulis. Akan tetapi, penggunaan bahasa ringkas SMS ini telah menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan bagi penulis. Berikut merupakan SMS yang penulis terima:

“Is ur boss cumming here?”

Hmm… mungkin penghantar SMS itu tidak mengetahui bahawa ringkasan untuk “COMING” bukan "cumming". Kalau diperhatikan, menaip “cumming” di telefon bimbit adalah lebih panjang daripada menaip “coming”. Malah, “cumming” dari istilah bahasa pasar Inggeris, membawa maksud yang jaaaaauuuuuhhhh BERBEZA daripada “coming” walaupun ianya berasal daripada perkataan yang sama.

Penulis hanya membalas “Not sure yet” kerana penulis pun tak tahu pergerakan Boss sambil bersyak wasangka bahawa penghantar SMS itu tidak tahu maksud “cumming” / kalau dia tahu pun, dia saja nak buat lawak (yang kurang lucunya kerana penulis tidak kenal penghantar SMS itu) / sekadar typo error.

Berita dilaporkan oleh penulis yang Bernama seperti di t-shirt di atas.
Blog adjourned.

4 obiter dictum:

missy_a_n said...

Hahahahah!

Twiggy said...

WAAAAAHAHAHAAHAHAHHAHA!!!! *pengsan ketawa*

JaseMario said...

Ex Majestret... saya ada TAG kat Tuan beberapa entry yang lalu. Kalau rajin jawab ya. Lawatlah dulu blog saya OK?

PuteraKe4 said...
This comment has been removed by the author.