Thursday, March 25, 2010

GiGi

Hikayat ini perlu dikhabarkan dalam bahasa Malaysia.

Kejadian berlaku pada petang semalam kira-kira jam 7.12pm. Aku sedang bergolek-golek bersama isteriku di atas tatkala anak perempuanku berada di bawah bersama ibuku. Sedang kami mengisahkan apa yang telah kami lakukan seharian, tangan isteriku terkena gigi atasku. Seperti biasa, kami meronta-ronta seperti masing-masing telah dihempap almari sambil berpusing-pusing kononnya dalam kesakitan yang amat perit.

Ahh… putus urat tangan i!!!” jerit si isteri.

Namun demikian, aku tidak jerit. Aku pusing ke arah bertentangan isteriku dan mula berfikir di mana agaknya ada cebisan kertas hitam.

Aku bangun untuk membuat pemeriksaan di alamari serbagunaku. Mataku liar mencari apa2 yang berwarna hitam yang boleh aku gunakan.

Tiba-tiba, kedengaran suara merdu tangisan anakku di bawah. Suara ibuku menyusuli meminta agar kami mengambil anak perempuan kami yang sudah mula lapar. Isteriku, (yang masih tidak mengetahui apa yang sedang aku ingin lakukan) bergegas ke bawah untuk mengambil anakku.

Aku keluar dari bilik dan ke bilik sebelah. Bilik sebelah merupakan “office” ayahku dan juga sudah dirampas kuasa oleh anak buahku dan abang iparku sebagai “base” masing-masing. Di situ, aku terjumpa sehelai surat khabar yang mempunyai latar belakang berwarna hitam. Aku gembira.

Tanpa berlengah masa, aku mengoyak secebis surat khabar dan kembali ke bilikku. Aku mula menyusunnya di bahagian gigi atasku. Alamak! Susunan gigi atasku tidak membenarkan aku menyelitkan cebisan surat khabar itu!

Cepat sikit brader! Bini hang dah nak sampai dah tu!” aku terdengar satu suara berbisik di sebelah telinga kiriku.

Maka aku pun cuba menyusun cebisan surat khabar itu di bahagian gigi bawahku. Disebabkan aku sedang bergegas, aku terselit kertas itu menutupi dua gigi bawahku. Belum sempat aku hendak betulkan, isteriku masuk ke bilik bersama seorang chempedak yang rupanya seiras anakku.

Yang, gigi I patah”,

Hah??

Gigi I patah

Mana?
Aku turunkan tangan kananku yang menutupi bahagian depan mulutku untuk menunjukkan mulutku yang ternganga (sebenarnya aku tersengih) dengan cebisan hitam menutupi bahagian atas dua gigi bawahku. Kononnya cebisan hitam surat khabar itu membawa maksud bahawa dua gigi bawahku sudah tiada lagi.
HAH? PATAH? KENA TANGAN I SIKIT PUN BOLEH PATAH KE? KENA TANGAN I SIKIT AJE! BERAPA PATAH??

Dua… ujarku dengan muka sardin sambil menurunkan tanganku untuk memberi isteriku gambaran sebenar untuk sementara. Aku menutup kembali mulutku selepas 3 saat. Aku risaukan isteriku tahu perkara sebenar kerana aku tak tahan nak ketawa dan mukaku sedang tersengih.

HAH? DUA??? MANA GIGI YOU???

Tatau…

TATAU? YOU TELAN KE? ATAS KATIL KOT.

Aku pun menonong di belakang isteriku yang sedang mengendong seorang chempedak yang sentiasa tersengih menunjukkan gusi yang tiada gigi padaku.

YOU NI KURANG KALSIUMLA. KENA SIKIT JE CAMANE BOLEH PATAH???

Langgar tangan I sikit camtu boleh patah!?

Aku menggigit lidah untuk menjawab, “sebab susu you semua pegi kat chempedak tu, krangla kalsium i…” Namun aku pelik bagaimana isteriku masih sedang scan katil mencari dua gigi bawahku yang patah (walhal yang kena tangan dia adalah gigi atasku…)

Aku tidak tahan lagi. Aku terus baring di atas katil dan ketawa besar-besaran. Isteriku seolah-olah tidak faham. Mungkin dia fikir aku sedang pasrah kerana sudah tidak hensem tanpa dua gigi bawah. Jikalau benar aku kehilangan dua gigi bawah, aku pun rasa yang aku akan pasrah. Tapi keadaan ini berbeza. Keadaan ini amat melucukan.

I tipulah. Ni kertas hitam aje. Kena gigi atas, camne sampai dua gigi bawah boleh patah? Hehehe.

Setelah meletakkan si chempedak dengan selamatnya, aku di babab isteriku. Aku cuba menyedapkan hati isteriku. Aku ceritakan permulaan kisah gigi hitam ini.

Kejadian bermula ketika aku di sekolah rendah. Aku dan kawan akrabku mengambil cebisan sugar paper dan menyelubungi gigi hadapan masing-masing. Kemudian kami pergi berjumpa cikgu dan mengatakan bahawa tadi kami bertumbuk dan gigi kami patah. Riak wajah cikgu kami yang panik tidak dapat aku lupakan. Lagi panik pada isteriku…

Kini, aku hanya meletakkan tangan di hadapan mulutku dan aku dan isteriku akan ketawa macam nak pengsan. Si chempedak juga akan ketawa bila ada orang lain ketawa Cuma setelah sekian lama, si chempedak pengsan betul-betul. Aku terpaksa memadam semua lampu dan baring untuk tidur.

Aku bersyukur rancangan aku berjaya. Aku juga bersyukur bahawa aku masih ada kesemua gigiku.

Blog ditangguhkan.

2 obiter dictum:

Anonymous said...

*gelakguling2x*

Twiggy said...

episode yang paling bongek!