A friend of mine told me about this yesterday. It was in Utusan Malaysia.
ARKIB : 24/09/2008
'Ulat tiket' dikenakan waran tangkap
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seorang 'ulat tiket' yang sepatutnya didakwa atas tuduhan menawarkan perkhidmatan pengangkutan tanpa kuasa yang sah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret disini hari ini selepas gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan itu.
Majistret Syed Adam Alhabshi memutuskan demikian selepas pegawai pendakwa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Azlindayanty Mohd Termizi membuat permohonan tersebut apabila mendapati Mohd. Amerul Shah Abdul Aziz tidak muncul di mahkamah pagi ini.
Beliau turut menetapkan 20 November ini untuk sebutan bagi waran tangkap tersebut.
Mohd. Amerul Shah, 27, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan antara ulat-ulat tiket yang ditahan di Hentian Puduraya di sini dalam satu operasi sebelum ini.
Selepas disoal-siasat, dia dibebaskan dengan jaminan polis yang akan berakhir pada 26 September ini.
Dia bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah hari ini walau telah dimaklumkan tentang pertuduhan terhadapnya.
Sape suruh tak datang… kan dah kena waran tangkap…
Blog adjourned.
0 obiter dictum:
Post a Comment