Monday, August 22, 2011

Bazir dan Israf

Perkataan bazir dalam bahasa Malaysia ini sebenarnya merangkumi makna yang lebih luas daripada perkataan itu sendiri. Tapi sebenarnya, kekayaan perkataan Bazir dalam Bahasa Malaysia ni adalah kerana kekurangan Bahasa Malaysia itu sendiri. Wah, boleh pulak kata Bahasa Malaysia itu kaya dalam kemiskinan. *tepuk dahi*
Explanation:
Bila kita tengok orang tak tutup pili air, beli makanan buka puasa secara berlebih-lebihan atau apa-apa yang dibuat secara berlebihan, kita selalu kata orang tu membazir atau seorang pembazir.
Tapi, dalam bahasa Arab, bazir ni sebenarnya satu perkataan yang sangat berat maksudnya. Saya ni pun bukanlah pakar bahasa Arab tapi secara laymen, bazir dalam bahasa Arab ni lebih tepat kalau di apply bila kita beli benda yang dah sememangnya haram.
Contohnya, kalau kita beli arak, bayar pelacur untuk sex atau kalau kita beli berhala untuk diberikan kepada orang bukan Islam untuk disembah.
Sebab tu bila berkaitan dengan perlakuan bazir, Allah samakan pembazir (Mubazirin) sebagai saudara Syaitan (Surah Al-Isra’ 17: 27). Kalau ikut terjemahan Quran di JAKIM, Mubazzirin ni diterjemahkan sebagai boros. (tak caye tengok sini).
Berat ni beb.
Kalau maksud bazir tu berat sekali, adakah kita semua ini saudara Syaitan?
Mungkin… kalau kita pakai duit kita untuk benda yang memang dah clear haram…
Tapi kalau kita ni selalu beli benda-benda yang kita tak pakai atau perlu macam beli lauk buka puasa macam nak bagi 20 orang makan tapi sebenarnya ada 3 orang aje, atau kita suka biar lampu dengan kipas terbuka bila kita keluar dari bilik dengan sengaja dan selamber (sebab bukan kita bayar bil pun, so lantaklah) etc, kita ni jatuh bawah kategori Israf (dan orang yang Israf ialah Musrifin). Musrifin ni maksudnya ialah orang yang lalai atau mengabaikan. (Cuma yang peliknya, sometimes, Israf diterjemahkan sebagai boros juga.. hmmm…)
Dalam Quran, Allah tak suka orang yang Musrifin (surah Al-A’raf 7:31). So that does not make Israf sebagai benda yang patut di amalkan.
Well…
Dua-dua pun sama tak elok cuma satu Mubazzirin ni status dia lagi dasyatlah. Kalau boleh, baik kita elakkan daripada dua-dua pun.
Balik pada Bahasa Malaysia, memandangkan kekayaan bahasa kita adalah agak terhad berbanding dengan bahasa Arab, perbezaan ini mungkin lebih relevan dalam isu fiqh daripada kes penggunaan seharian. So kalau kita panggil someone yang sebenarnya Mufassirin tu sebagai Pembazir, I don’t think Allah akan humbankan kita dalam Api Neraka pun.
Tapi eloklah kalau kita tahu yang sebenarnya, dua-dua ni ada perbezaan.
Akhir kata, kita kena selalu waspada pada persekitaran kita dan kita mesti tau mana pi semua duit kita. Sebab bila Allah audit kita kat Akhirat, Dia akan check setiap satu sen dan setiap saat dalam hidup kita. Lebih baik kita audit diri kita dulu sebelum kita di audit.
Dan seperti biasa, dah kata lumrah hidup, mesti ada nye benda salah yang kita buat setiap hari. So kita kerapkanlah mintak map kat Tuhan. Especially masa tengah solat.
Masa ruku’, lepas baca Subhana Rabbial A’la, tambahla Allahummaghfirli (Ya Allah, ampunkanlah aku). Pastu tambahla Waliwalidaiya (dan juga ibu bapaku).
Masa Sujud, lepas baca Subhana Rabbial ‘Azimi, tambahlah Rabbighfirli Waliwalidaiya (Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan ibu bapa aku). Masa duduk antara dua sujud pun kita dah minta maaf 2 kali, first masa kata Rabbighfirli, and last masa kita kata Wa’fu ‘anni (and pardon me)…
Lain pada tu, sentiasalah istighfar dan mudahkan memaafkan kesalahan orang lain. Nabi pernah prophesize satu sahabah masuk Jannah sebab tiap-tiap malam, sahabat ni akan ampunkan semua kesalahan orang lain kat dia.
May Allah forgive us and grant us pardon.
Blog Ditangguhkan.

0 obiter dictum: