I told you all that I would publish my legal reasoning when I complete it, so here goes nothing! I did not put the accussed's name but refer to him only as OKT. Please comment if you want to. I need all the criticism available to improve in the future...
ALASAN PENGHAKIMAN
PENDAHULUAN:
Orang Kena Tuduh (OKT) telah mengaku bersalah terhadap kesalahan di bawah S.26(1) dan S.42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ). Kedua-dua pertuduhannya berbunyi sedemikan:
Tuduhan Pertama:
“Bahawa kamu pada 19/02/2006 jam lebih kurang 0135 hingga 0150 hours di Jalan Traver / Jalan Bangsar Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan sebagai penunggang motosikal no. WNF 1987 jenis Honda EX5 warna hitam dengan cara merbahaya yang mana perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah S. 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.
Tuduhan Kedua:
“Bahawa kamu pada 19.02.2006 jam lebih kurang 0135 hours hingga 0150 hours di Jalan Traver / Jalan Bangsar Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan sebagai penunggang motosikal jenis Honda EX 5 warna hitam no pendaftaran WNF 1987 telah menunggang motosikal tersebut dengan tidak memiliki lesen memandu yang sah yang membenarkan kamu memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dan oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah S. 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen26 (2) akta yang sama”.
PERJALANAN KES DARIPADA TARIKH PERTAMA OKT DI TUDUH DI MAHKAMAH:
Harus dinyatakan di sini bahawa pengakuan bersalah OKT ini bukanlah ketika OKT mula-mula dibacakan pertuduhan. Kesalahan telah dilakukan pada 19.2.2006 dan OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur pada 24.2.2006. Malangnya, OKT gagal untuk hadir ketika itu dan Waran Tangkap telah dikeluarkan terhadap OKT. Satu tarikh sebutan Waran Tangkap ditetapkan pada 24.3.2006. Pada tarikh tersebut, Waran tangkap masih tidak dapat disempurnakan dan telah dilanjutkan ke 25.4.2006.
Pada 25.4.2006, OKT telah hadir dan selepas pertuduhan dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT dalam bahasa Malaysia dan Tamil, OKT tidak mengaku bersalah dan mohon bicara untuk kedua-dua pertuduhan. Jaminan telah ditetapkan sebanyak RM 3500 dengan satu penjamin. Satu tarikh sebutan untuk OKT melantik peguam ditetapkan pada 25.5.2006. Pada 25.5.2006, peguambela OKT pohon untuk mendapatkan dokumen daripada pegawai pendakwa dan 7.12.2006 telah ditetapkan untuk bicara.
7.12.2006 tiba dan Mahkamah telah menangguhkan kes ini ke 1.8.2007 untuk menyelesaikan bicara untuk kes tahun 2003.
Pada 1.8.2007 peguambela OKT telah menarik diri dan OKT telah diwakili oleh peguambela baru. Peguambela baru ini telah memohon untuk satu tarikh lain kerana dia baru sahaja dilantik oleh OKT dan ingin mendapatkan arahan daripada OKT. Satu tarikh sebutan telah diberi iaitu pada 6.9.2007.
6.9.2007 menyaksikan peguambela OKT memohon satu tarikh bicara. Pegawai pendakwa menyatakan bahawa terdapat empat saksi dalam kes ini dan 3.3.2008 – 4.3.2008 telah ditetapkan untuk bicara.
OKT dan peguambelanya gagal hadir pada 3.3.2008 dan waran tangkap dan notis kepada penjamin dikeluarkan. 15.4.2008 adalah tarikh berikutnya.
Suatu perkembangan baru dimaklumkan ke Mahkamah pada 15.4.2008. Kedua-dua pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT dalam bahasa Malaysia dan OKT mengaku bersalah pada kedua-dua pertuduhan. Memandangkan OKT berumur 19 tahun ketika kejadian, Majistret sebelum ini telah mentetapkan 10.7.2008 untuk jatuh hukum dan penyediaan laporan sosial OKT. Perlu dinyatakan di sini bahawa peguambela OKT tiada bantahan jika Mahkamah menjatuhkan hukum pada 15.4.2007 tanpa satu laporan sosial.
Setelah enam Majistret mendengarkan kes, saya menjadi Majistret ketujuh yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjatuhkan hukuman keatas OKT. Pada 10.7.2008, kedua-dua pertuduhan telah dibacakan semula, diterangkan dan difahami oleh OKT dalam bahasa Malaysia. OKT mengaku bersalah dan faham sebab dan akibat pengakuannya. Mahkamah telah merekod dan menerima pengakuan bersalah OKT. OKT juga mengakui fakta kes dan gambar P1A dan B. Puan Maimunah, Pegawai Kebajikan, telah mentenderkan laporan sosial OKT yang ditanda sebagai “B” dan OKT turut mengakuinya. Mahkamah kemudiannya merekodkan rayuan mitigasi OKT melalui peguambelanya dan juga faktor pemberatan “aggravating factor” dalam kes ini melalui pegawai pendakwa.
BIDANGKUASA MAHKAMAH:
Jika seseorang disabitkan di bawah s.26 (2), denda maksimum yang boleh dikenakan adalah RM 1000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Dibawah s.42 pula, hukuman penjara wajib / mandatori tidak melebihi 5 tahun dan denda minimum RM5000 dan tidak boleh melebihi RM15,000 bagi kesalahan pertama hendaklah dikenakan.
HUKUMAN TERHADAP OKT:
Mahkamah telah mempertimbangkan rayuan mitigasi dan laporan sosial OKT dan mendapati bahawa pengakuan bersalah OKT tidak bersyarat. Pengakuan bersalah OKT telah diterima dan OKT disabitkan salah untuk kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah mengenakan denda RM 5000 (denda minima) dan penjara 2 bulan jika gagal bayar, penjara wajib 21 hari dari tarikh jatuh hukum dan memandangkan OKT tidak mempunyai lesen memandu, OKT dilarang mengambil lesen memandu selama 2 tahun. Ini adalah untuk tuduhan pertama.
Untuk tuduhan kedua, OKT di denda RM 100 dan 1 hari penjara jika gagal bayar.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa hukuman yang Mahkamah kenakan ke atas OKT adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah.
PENGGANTUNGAN HUKUMAN:
Peguambela OKT dengan serta merta memohon budibicara Mahkamah untuk menggantungkan semua hukuman kerana OKT ingin merayu ke Mahkamah Tinggi. Untuk mengelakkan rayuan OKT menjadi hanya akademik, Mahkamah bersetuju menggantungkan hukuman ke atas OKT sementara menunggu hasil rayuan OKT dan jaminan telah dikekalkan pada kadar sama.
GELAGAT OKT DALAM MELAKUKAN KESALAHAN:
Menurut fakta kes, pada 19.02.2006, pada jam lebih kurang 0135hours, OKT yang sedang memakai motosikal jenis EX5 warna hitam bernombor pendaftaran WNF 1987, dengan memakai baju (sweater) lengan panjang warna merah dan biru dengan tulisan “GIVI” di belakang, seluar panjang warna hitam dan helmet hitam, dikesan oleh pengadu bersama 2 lagi anggota polis yang sedang bertugas dalam Ops Cegah Lumba Haram berpakaian preman.
OKT dikatakan membuat zig zag kiri ke kanan serta membuat wheely (mengangkat roda hadapan) secara melulu. Perlakuan ini bermula dari Jalan Traver / Jalan Bangsar menghala ke arah Kalam Traver / Jalan Tun Sambantan.
Pengadu bersama rakan-rakan setugasnya mengekori OKT dalam jarak yang dekat dan jelas. Pemerhatian dibuat terus tanpa putus pandangan mata di laluan yang sama sebanyak LIMA PUSINGAN sambil melakukan aksi yang sama.
Apabila OKT berhenti di perhentian bas di Jalan Traver, pengadu memperkenalkan diri sebagai polis, membuat tangkapan dan membawa OKT bersama motosikalnya ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.
PERTIMBANGAN LAPORAN SOSIAL:
Laporan sosial OKT secara tuntasnya menyatakan bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT dalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat. OKT dikatakan merupakan anak yang mendengar kata dan berhati lembut, bertanggungjawab dan seorang sahaja yang mengirim wang kepada ibunya.
OKT dikatakan sudah mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku dan berasa kesal kerana terikut-ikut akan kawan-kawannya.

PERTIMBANGAN RAYUAN MITIGASI:
OKT telah mengaku bersalah dan ini telah menjimatkan masa dan kos pendakwaan. Hal ini patut diterima sebagai faktor mitigasi (rujuk Melvani v. PP [1971] 1 MLJ 137 dan Zaidon Shariff v. PP [1996]4 CLJ 441).
Tahanan polis merupakan pengalaman pahit buat OKT dan OKT tidak mahu ulangi kesalahan ini lagi. Tiada kekerasan dalam kes ini dan demi kepentingan awam, OKT yang masih muda ini tidak patut dipenjarakan (rujuk Raja Izzuddin Shah v. PP [1979] 1 MLJ 270).
Semenjak dituduh, OKT tidak ada melakukan sebarang kesalahan hingga ke hari jatuh hukum. Penggunaan S.294 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) masih boleh diaplikasikan di dalam kes ini walaupun penjara wajib adalah mandatori (rujuk Winston Rajah v. PP [1999]1 CLJ 315 dan PP v. Kandasamy [2005] 2 CLJ 201). OKT jika diberi bon berkelakuan baik, akan dapat terus berikhtiar sebagai penanggung ibunya yang sedang berubat (moden dan tradisional) dan adiknya yang masih bersekolah.
OKT juga masih belum selesai melangsaikan hutangnya dengan peminjam wang tanpa lesen (along / ceti haram) untuk mendapatkan wang jaminannya. Tekanan peminjam wang tanpa lesen dan emosi memikirkan kes ini dan nasib ibunya cukup menyeksakan OKT.
PERTIMBANGAN HUKUMAN DETEREN:
Pegawai pendakwa menekankan bahawa OKT telah membuat zig zag, wheely, pusingan sebanyak 5 kali dan hakikat bahawa semua itu dilakukan tanpa satu lesen memandu yang sah mengundangkan satu hukuman yang deteren pada OKT.
PENILAIAN MAHKAMAH:
Terdapat sebab mengapa Mahkamah telah menulis semula kronologi kes dari awal pertuduhan dibacakan. Dapat dilihat bahawa OKT bukannya mengaku bersalah pada saat pertama pertuduhan dibacakan tetapi selepas hampir 2 tahun kes ini di peringkat bicara. Faktor mitigasi dan jumlah diskaun atau pengurangan hukuman OKT dalam kes ini kerana pengakuan bersalahnya tidak sama dengan satu pengakuan bersalah di awal pertuduhan.
Berkenaan perihal OKT mengambil pinjaman daripada peminjam wang tanpa lesen (ceti haram), persepsi umum adalah jika kita meminjam wang daripada ceti haram, selalunya, jika tidak setiap kali, akan mengundang lebih masalah kerana kadar faedah yang dikenakan amat tinggi. Ini akan menindaskan peminjam dalam membayar semula hutangnya. Mahkamah tidak mahu menulis panjang dalam isu ini tetapi cukup untuk menyatakan bahawa alasan ini tidak boleh diterima sebagai satu faktor mitigasi.
Sebabnya amat mudah. Jika Mahkamah menerima alasan ini, ianya akan menghantar satu mesej atau pesanan negatif kepada orang ramai bahawa Mahkamah mempertimbangkan dan menggalakkan perbuatan ini. Ini seolah-olah memberi impak bahawa jika OKT mendapat tekanan daripada ceti haram, Mahkamah akan mengurangkan hukuman. Mahkamah tidak boleh dilihat menilai pinjaman ceti haram sebagai faktor mitigasi.
S. 294 KPJ (mahupun S. 293 (1) (e) KPJ) juga telah dipertimbangkan. Akan tetapi, aksi keberanian tidak bertempat OKT dengan membuat zig zag, wheely, pusingan sebanyak 5 kali dan hakikat bahawa semua itu dilakukan tanpa satu lesen memandu yang sah menghalang Mahkamah untuk menimbangkan S. 294 dan S. 293 (1) (e) KPJ.
Aksi wheely OKT ini bukannya suatu aksi yang dapat dilakukan tanpa sebarang latihan. Latihan bererti melakukan suatu aksi itu berulang kali. Untuk mengulangi sesuatu itu berulang kali, seseorang itu perlu ada keazaman. Mahkamah tidak mengatakan bahawa OKT memang berazam untuk melakukan kesalahan. Cuma aksi-aksi OKT ini dalam keadaan tidak mempunyai lesen menghindarkan Mahkamah untuk memberi satu bon berkelakuan baik mahupun perintah khidmat masyarakat. OKT tidak sepatutnya menunggang motosikal pada awalnya. Latihan dan pusingan sebanyak 5 kali juga menunjukkan bahawa kesalahan ini telah dirancang terlebih dahulu (premeditated action).

Jika hukuman yang tidak deteren diberi, masyarakat akan beranggapan bahawa Mahkamah tidak serius dalam menangani gejala penungganan secara melulu dan merbahaya. Ini akan menggalakkan lebih ramai orang melakukan aksi-aksi yang dilakukan oleh OKT. Ini tidak akan membawa sebarang kebaikan pada keselamatan pengguna jalan raya.
Disamping itu, alasan-alasan mitigasi OKT yang lain telah memberi Mahkamah satu konsiderasi yang baik dalam tidak meninggikan walau satu sen pun daripada hukuman denda minima RM 5000. Malahan, penjara 21 hari juga diberi selepas satu pengurangan drastik berbanding 5 tahun penjara maksima yang diperuntukkan.
KESIMPULAN:
OKT seharusnya bersyukur kerana tidak terdapat sebarang kemalangan yang boleh menyebabkan kematian ataupun kecederaan parah pada OKT ataupun pengguna jalan raya yang lain. Mahkamah berpendapat bahawa penjara 21 hari ini patut digunakan oleh OKT untuk insaf dan membentuk OKT agar tidak mengulangi kesalahan ini lagi.

Amacam? panjang skitlah...
Blog adjourned..
5 obiter dictum:
mak datokk... memang panjang nih!
uish..panjang betul ni tapi sangat elaborate.
siap ada kes to support. syabas.
btw, i'm a new reader to your blog.
Twiggy: Mak dengan Datokk aje? Bapa dan babynye mana? hehehe
Anon: hehe,thanks for your comment. kalau u rasa ada yang kurang, cakap tau, next case i bleh "tambah" lagi... ada lagi tiga yang i dah buat but i'll post it slow slow...
Dengan izin tuan,
To be honest with you I like it...
It's long.
But long is good.
You've made your reasonings quite clear and I'm sure any solicitor will appreciate that.
Why you might ask?
It gives us the opportunity to study the basis of your decision for our appeal... makes our jobs easier as well..
Thank you tuan.
Azmi: I'm glad you like it. I hope the counsels will be able to get good legal issues in their appeal. Some of them just submit a copy and paste submission which is really boring.
Post a Comment