Sunday, September 14, 2008

Ulat Kutu kena RM10K (jika tidak bayar, 11 bulan penjara)


Hey ho hey ho! Have you read the news or heard it on television about the ticket tout who was fined RM 10,000? (In default of paying the fine, to be imprisoned for 11 months.)
You haven’t? Read on then…
******
New Straits Times:
KUALA LUMPUR: Thinking he could make a quick buck out of those who wanted to "balik kampung" this Hari Raya, an Indonesian man sold overpriced express bus tickets illegally.

His plan was, however, foiled when police arrested him on Wednesday at the Puduraya bus station, in the midst of his sales.
At the magistrate's court yesterday, Saiful Mukhtar Sani, of Acheh, Indonesia, the first tout to be arrested this festive season, was fined RM10,000 or 11 months' jail for touting at the Puduraya bus station at 12.30pm on Wednesday.
He pleaded guilty before magistrate Syed Adam Alhabshi. Saiful however failed to pay the fine.
In the past, touts have been arrested and charged with selling black market tickets at marked up prices and sometimes fake tickets to those who were desperate to return home for Hari Raya.

Checks at Puduraya bus terminal yesterday showed that there were practically no touts selling express bus tickets.
Their absence was said to be due to a rumoured raid by the Road Transport Department to nab them.
Without the ticket touts, the bus terminal seemed quieter than normal, with passengers queuing up rather orderly at ticket counters to buy their tickets.
A spokesman of RTD said he was surprised to learn that the touts knew about the pending raid and stayed away from the bus station.


******
Berita Harian Online:

'Ulat tiket' kena penjara 11 bulan
Tertuduh paksa orang awam

KUALA LUMPUR: Seorang warga Indonesia atau 'ulat tiket' tidak dapat pulang ke kampungnya di Aceh untuk menyambut Aidilfitri, selepas dijatuhi hukuman penjara 11 bulan kerana menjual tiket bas ekspres tanpa kuasa sah.
Majistret Syed Adam Alhabshi menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Mukhtar Sani, 38, di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas dia mengaku bersalah memujuk orang awam dan menawarkan tiket bas tanpa mempunyai kuasa sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Hentian Puduraya di sini, jam 12.20 tengah hari, kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 110A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dihukum mengikut seksyen sama membawa hukuman maksimum denda RM50,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Saiful dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan selepas dia gagal membayar denda RM10,000.
"Saya mengaku menyimpan tiket itu dalam poket, tapi bukan nak jual, saya orang susah minta diringankan hukuman, saya ada tanggungan isteri dan anak di Aceh," katanya.

Mengikut fakta kes, Saiful yang mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu dan berseluar jeans biru didapati sedang membuat urusan jual beli tiket bas secara haram di Hentian Puduraya.
Dia juga didakwa memujuk dan memaksa orang ramai untuk membeli tiket bas yang dijual di luar kaunter jualan dengan memegang tiket bas di sebelah tangan kanannya.
Pengadu menemui enam keping tiket bas laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Ipoh yang belum dijual serta kad pendaftaran orang asing milik tertuduh.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Awang Zamain Awang Jabai dalam hujahnya berkata, tertuduh seharusnya diberikan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada dirinya untuk menghormati undang-undang di Malaysia.

Beliau berkata, hukuman juga boleh dijadikan sempadan kepada orang ramai yang ingin mengambil kesempatan berbuat perkara sama pada Ramadan ini, berikutan permintaan tiket bas meningkat setiap kali musim perayaan.

******

Blog adjourned!

0 obiter dictum: